Khulafa ar-Rasyidin atau
Khulafa ar-Rasyidun (jamak kepada
Khalifatur Rasyid) bererti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Mereka waris kepimpinan
Rasulullah selepas kewafatan baginda
Nabi Muhammad s.a.w.. Perlantikan mereka dibuat secara syura iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan
khalifah sebelum. Selepas pemerintahan ini, kerajaan
Islam diganti oleh kerajaan
Ummaiyyah.
Khulafa ar-Rasydin terdiri daripada empat sahabat:
- Saidina Abu Bakar, 632-634 M
- Saidina Umar bin Khtab, 634-644 M
- Saidina Ustman bin Affan, 644-656 M
- Saidina Ali bin Abi Thalib, 656-661 M
Selepas kematian Saidina Ali, pemerintahan jatuh kepada
Muawiyah yang mengasaskan
Kerajaan Bani Ummaiyyah.
KAITAN
Hassan bin Ali dan
Umar bin Abdul Aziz sering dikaitkan dengan Khulafa ar-Rasyidin.
Hassan bin Ali
Setelah ayahnya, Ali, meletakkan jawatan demi keamanan Muslimin, walaupun pucuk pemerintahan sudah diambil
Muawiyah, penyokong Ali telah mengangkat Hassan sebagai khalifah di Iraq tetapi telah digulingkan oleh
Muawiyah dalam tahun yang sama. Pilihan ini dirakam sebagai pilihan waris pertama dalam sejarah khalifah kerana tiada persetujuan am diadakan.
Muawiyah kemudian memulakan zaman
Ummaiyyah, zaman
khalifah warisan yang pertama.
Umar bin Abdul Aziz
Beliau memang seorang khalifah pada zaman
Ummaiyyah dan ternyata bukan antara Khulafa ar-Rasydin. Dikenali sebagai Umar ІІ, beliau juga dikenali sebagai seorang khalifah yang agung kerana menyerupai datuknya, Umar І (
Saidina Umar Al-Khatab) dari segi sikap tegas tetapi adil dan kesentosaan yang dibawa kepada wilayahnya semasa wilayah itu sedang kucar-kacir; punca beliau diangkat untuk memerintah. Keagungan dan keadilan beliau menyebabkan beliau dikenali dalam sejarah yang disebarkan luas ke mana-mana Islam disebarkan. Hal ini menyebabkan beliau lebih terkenal daripada
Hassan bin Ali dan disalah anggap sebagai antara Khulafa ar-Rasyidin.
Namun begitu para ulama' bersepakat dan mengakui mengatakan bahawa beliau adalah
mujaddid bagi kurun pertama
Hijrah
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya
Saidina Abu Bakar mengimamkan
solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan
Ansar dan
Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.
Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali antaranya ialah golongan
Syiah. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaiahkan Saidina Abu Bakar. Antara kejayaan yang diperoleh Saidina Abu Bakar ialah melancarkan kempen untuk menghapuskan golongan
Riddah dan nabi palsu dalam siri
Peperangan Islam-Riddah, pengumpulan
Al Quran, dan berjaya menawan beberapa kawasan milik
Empayar Parsi dan
Byzantine.
Beliau wafat pada tahun
634.
selengkapnya;
Abu Bakar as-Siddiq (
Arab:
أبو بكر الصديق Abū Bakr al-Siddīq) ialah
khalifah pertama orang
Muslim dari tahun
632-
634. Beliau pada awalnya digelar
Abdul Kaabah (hamba
Kaabah) tetapi selepas
pengislamannya, beliau menukar namanya kepada
Abdullah. Namun beliau selalu digelar
Abu Bakar (daripada perkataan
Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran
As-Siddiq (yang membenarkan). Nama sebenar beliau ialah
Abdullah ibni Abi Qahafah
kehidupan awal
Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat
Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat sekali. Semasa Nabi Muhammad s.a.w.
berhijrah dari
Makkah ke
Madinah pada tahun
622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain. Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu
Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Pernah menjadi kaya, dia juga dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah. Beliau juga merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk
Islam. Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji. Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.
Beliau mendapat gelaran
as-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah S.A.W. Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya peristiwa
Isra dan Mi'raj yang telah dialami oleh Rasulullah S.A.W. Apabila orang ramai mengatakan baginda berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Saidina Abu Bakar menjadi orang pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.
menjadi Khalifah pertama
Semasa
Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan
solat orang
Islam. Selepas kewafatan
Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan
Ansar dan
Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang
khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.
Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik
Saidina Ali Abi Talib sebagai
khalifah kerana Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu Rasulullah s.a.w. Golongan
Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali Abi Talib hanya membaihkan Saidina Abu Bakar selepas enam bulan.
peperangan Islam Riddah
Masalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi
khalifah. Masalah ini mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak puak-puak
Arab memberontak dan menentang
khalifah. Sesetengah daripada mereka enggan membayar
zakat manakala ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Puak-puak ini mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas.
Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan
Muslim. Ada diantara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan
Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri
Peperangan Islam-Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah
Musailamah al-Kazzab.
Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan Musailimah dalam suatu pertempuran.
ekspedisi ke utara
Selepas berjaya mengurangkan golongan
riddah, Saidina Abu Bakar mula menghantar panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi
Byzantine (Rom Timur) dan
Empayar Parsi.
Khalid Al-Walid berjaya menawan
Iraq dalam hanya satu kempen ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke
Syria. Menurut seorang orientalis Barat, kempen Saidina Abu Bakar hanyalah sebuah lanjutan daripada Perang Riddah. Hal ini jelas salah memandangkan kebanyakan golongan
riddah terletak di selatan
Semenanjung Arab dan bukannya di utara.
Pengumpulan al-Quran
Menurut ahli sejarah
Islam, selepas siri
Peperangan Islam-Riddah ramai orang yang mahir menghafaz
al-Quran terbunuh.
Saidina Umar Al-Khatab (
khalifah yang berikutnya) meminta Saidina Abu Bakar untuk mula menjalankan aktviti pengumpulan semula ayat-ayat
al-Quran[3].
Saidina Uthman Affan kemudiannya melengkapkan aktiviti pengumpulan al-Quran semasa beliau menjadi khalifah.
Kewafatan Saidina Abu Bakar
Saidina Abu Bakar wafat pada
23 Ogos 634 di
Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima
Saidina Umar Al-Khatab sebagai khalifah yang baru.
Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam
Nabi Muhammad s.a.w. di
Masjid an-Nabawi yang terletak di
Madinah.
Sumbangan Saidina Abu Bakar
Saidina Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634), tetapi beliau banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam. Beliau berjaya menumpaskan golongan
Riddah yang ada diantaranya murtad dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi. Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat
al-Quran dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh
Islam
Khalifah Umar al-Khatab
Semasa pemerintahan singkat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar merupakan penasihat Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar mencalonkan Saidina Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun
634 masihi. Dengan itu Saidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam.
Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan
Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada
Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan
Mesir,
Palestin,
Syria,
Afrika Utara, dan
Armenia daripada
Byzantine (Rom Timur). Pada tahun
638, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut.
Saidina Umar banyak melakukan perubahan terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk, memberi upah kepada tentera & membuat jadual giliran bertugas, mewujudkan pejabat pos untuk surat menyurat, menyelaras aliran sungai untuk tujuan penanaman dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota
Basra dan
Kufah dibina.
Saidina Umar wafat pada tahun
644 selepas dibunuh oleh seorang hamba Parsi yang bernama
Abu Lu'lu'ah.
selengkapnnya;
Saidina Umar al-Khattab (
Arab,
عمر بن الخطاب) (c.
581 -
November,
644), kadang-kadang dipanggil juga sebagai
Umar al-Farooq ataupun
Omar atau
Umar ialah daripada
Bani Adi iaitu salah satu golongan
puak Bani Adi,Quraisy. Dia menjadi
khalifah kedua
Islam pada 23 Ogos (
633-
644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam
Khulafa al-Rasyidin.
Kehidupan awal
Saidina Umar dilahirkan di
Makkah.Bapanya bernama Khattab bin Nufaul Bin Abdul Uzza. Beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Beliau juga berilmu iaitu merupakan perkara yang amat jarang pada masa tersebut dan juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan terkenal kerana kegagahannya.
Memeluk Islam
Semasa
Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan
Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat
Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.
Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.
Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca
Al Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga.
Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir.
Saidina Umar di Madinah
Saidina umar merupakan antara individu yang
berhijrah ke Yathrib (
kemudiannya dikenali sebagai Madinah). Dia merupakan salah seorang daripada
Sahabat Rasulullah s.a.w..
Pada tahun
625, anak perempuan Saidina Umar iaitu
Hafsa mengahwini Nabi Muhammad s.a.w.
Pemerintahan Saidina Umar
Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan
Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada
Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan
Mesir,
Palestin,
Syria,
Afrika Utara, dan
Armenia daripada
Byzantine (Rom Timur). Ada diantara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam seperti
Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil.
Pada tahun
637, selepas pengempungan
Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut. Paderi besar Baitulmuqaddis iaitu
Sophronius menyerahkan kunci kota itu kepada Saidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak Saidina Umar supaya
bersembahyang di dalam gereja besar
Kristian iaitu gereja
Church of the Holy Sepulchre. Saidina Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat tidak beberapa jauh daripada gereja tersebut kerana tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah masjid yang digelar
Masjid Umar dibina di tempat Saidina Umar menunaikan
solat.
Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota
Basra dan
Kufah dibina.
Saidina Umar juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana.
Wafatnya Saidina Umar
Saidina Umar wafat pada tahun
644 selepas dibunuh oleh seorang hamba Majusi
menyembah apiParsi yang bernama
Abu Lu'lu'ahatau Fairuz. Abu Lu'lu'ah menikam Saidina Umar kerana menyimpan dendam terhadap Saidina Umar. Dia menikam Saidina Umar sebanyak enam kali sewaktu Saidina Umar menjadi
imam di
Masjid al-Nabawi,
Madinah.
Saidina Umar meninggal dunia dua hari kemudian dan dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. dan makam Saidina Abu Bakar.
Saidina Uthman Affan dilantik menjadi khalifah selepas kematiannya..
Khalifah Usman Affan
Saidina Usman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khatab dibunuh pada tahun
644. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun
644 sehingga tahun
656. Antara pembaharuan yang dibuat ialah menubuhkan Angkatan Tentera Laut yang diketuai oleh
Muawiyah dan membuat dasar terbuka dalam hubungan politik & urusan dagangan
Semasa pemerintahannya, keseluruhan
Iran, sebahagian daripada
Afrika Utara, dan
Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam.
Saidina Uthman wafat pada tahun
656 akibat dibunuh oleh pemberontak yang tidak puas hati dengan pemerintahannya.
selengkapnya;
Uthman bin Affan (
Arab:
عثمان بن عفان) merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dikalangan umat
Islam mengenai cara bacaan
Al-Quran. Disebabkan oleh itu
Uthman bin Affan telah meminjam suhuf, (kumpulan penulisan Al-Quran daripada Hafsa. Selepas itu
Uthman bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula Al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai
Mushaf Uthman. Salinan
Mushaf Uthman tersebut dihantar keseluruh pusat jajahan bagi mengantikan salinan-salinan yang lain.
Biografi
Saidina Uthman dilahirkan di dalam sebuah keluarga
Quraish yang kaya di
Makkah beberapa tahun selepas kelahiran
Nabi Muhammad s.a.w.. Dia ialah salah seorang daripada orang yang pertama sekali memeluk
Islam dan amat dikenali kerana sifat dermawannya kepada orang yang susah. Beliau juga berhijrah ke
Habshah dan kemudian
penghijrahan dari
Makkah ke
Madinah.
Perkembangan Islam semasa pemerintahan Saidina Usman
Saidina Usman
menjadi khalifah selepas Saidina
Umar Al-Khattab dibunuh pada tahun
644. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun
656. Semasa pemerintahannya, keseluruhan
Iran, sebahagian daripada
Afrika Utara, dan
Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar
Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Uthman melantik saudaranya sebagai pentadbir jajahan baru Islam. Enam tahun pertama pemerintahannya dianggap aman manakala enam tahun terakhir pula dianggap keadaan huru-hara. Beliau juga berjaya menghabiskan usaha pengumpulan
al-Quran yang dimulakan oleh
Saidina Abu Bakar (khalifah pertama Islam). Hingga hari ini, kita gunakan
Mushaf Uthmani.
Pandangan ahli Sunah mengenai Saidina Usman
Menurut pandangan ahli
Sunah Waljamaah, dia mengahwini dua orang puteri Rasulullah s.a.w. dalam masa yang berbeza(beliau digelar zunurain). Saidina Usman
R.Anhu salah seorang dijanjikan syurga.
Pandangan Syiah mengenai Saidina Usman
Golongan
Syiah percaya bahawa
Saidina Ali Abi Talib yang sepatutnya menjadi khalifah memandangkan beliau ialah sepupu dan menantu
Nabi Muhammad s.a.w.. Mereka percaya bahawa Saidina Usman tamak dan mementingkan saudara sendiri dalam melantik pentadbir baru tanah jajahan Islam.
Khalifah Ali bin Abu Talib
Pada tahun
656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman Affan wafat kerana dibunuh di dalam rumahnya sendiri. Segelintir masyarakat kemudiannya mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak oleh pengikutnya, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah.
Ketika pemerintahannya telah terjadi dua perang saudara di kalangan umat Islam iaitu
Perang Jamal (
Perang Unta) antara tentera pimpinan Saidina Ali dengan pengikut
Aishah binti Abu Bakar,
Zubair ibn Awwam dan
Talhah ibn Ubaidillah yang mengakibatkan Zubair dan Talhah terkorban sementara
Perang Siffin pula membabitkan penentangan Muawiyah yang ketika itu berpusat di Damsyik. Dalam peperangan ini,
Ammar ibn Yasir terkorban. Penentangan ini berjaya ditamatkan apabila empayar Islam dipecahkan kepada dua.
Saidina Ali wafat pada tahun
661 akibat dibunuh ketika beliau hendak bersolat subuh.
selengkapnya;
Saidina Ali Abi Talib (
Arab:
علي بن أبي طالب) ialah
Imam Islam pertama selepas Rasulullah SAW dan khalifah terakhir
Islam daripada
Khulafa al-Rasyidin. Beliau juga ialah sepupu dan menantu
Nabi Muhammad s.a.w. selepas mengahwini anak perempuan Rasulullah s.a.w. iaitu
Fatimah.
Kehidupan awal
Saidina Ali dilahirkan di
Makkah pada tahun
598. Bapa Saidina Ali,
Abu Talib ialah pembesar puak
Quraisy dan juga ialah bapa saudara
Nabi Muhammad s.a.w.. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu daripada
Allah s.w.t., Saidina Ali merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam.
Saidina Ali sentiasa menyokong Nabi Muhammad s.a.w. semasa kezaliman terhadap orang
Muslim berlaku. Pada tahun
622 masihi, semasa peristiwa
hijrah berlaku, Saidina Ali mengambil risiko dengan tidur di katil Rasulullah s.a.w. lantas berjaya mengelakkan satu percubaan membunuh baginda.
Saidina Ali di Madinah
Semasa berlakunya
Perang Badar, Saidina Ali menumpaskan seorang jaguh
Quraisy iaitu
Walid ibni Utba di samping askar-askar
Makkah yang lain. disamping itu para sahabat Rasulullah juga memainkan peranan yang penting di sisi Nabi sebagai pejuang agama Allah. Beliau mengahwini
Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w. Ketika itu beliau berumur 25 tahun dan Siti Fatimah berumur 18 tahun. Kerana kemiskinannya Saidina Ali menjual baju besi perangnya untuk dijadikan mahar. walaupun begitu para sahabat lain seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Usman dan Saidina Abdul Rahman bin Auf berbesar hati mengeluarkan perbelanjaan majlis perkahwinan kedua pengantin itu demi memuliakan Rasulullah SAW, kekasih yang amat mereka cintai.
Sepanjang sepuluh tahun Nabi Muhammad s.a.w. mengetuai penduduk Madinah, Saidina Ali senantiasa menolong dan membantu baginda demi kemajuan umat Islam.
Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
Selepas wafatnya
Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun
632 masihi, Saidina
Abu Bakar dilantik menjadi khalifah pertama umat Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Ali terus menerima Saidina Abu Bakar sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW sekali gus menafikan fitnah yang dilontarkan oleh kaum Syiah. Ahli Sunah Waljamaah percaya perlantikan Saidina Abu Bakar merupakan sesuatu yang tepat sekali mengikut syariat Allah dan Rasulullah. Malah Saiyidina Ali menjadi salah seorang tentera Islam di bawah pemerintahan Saiyidina Abu Bakar untuk memerangi kaum yang murtad dan tidak mahu membayar zakat. Golongan
Syiah pula percaya memandangkan Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu kepada Rasulullah s.a.w. maka beliaulah yang seharusnya dilantik menjadi khalifah.
Menjadi khalifah ke-4
Pada tahun
656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina
Uthman bin Affan wafat kerana dibunuh oleh puak pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Pemberontakan mereka atas sebab tidak puas hati dengan Saidina Uthman yang dikatakan mengamalkan
nepotisme dan menggunakan harta baitul mal untuk keluarganya. Atas keputusan ahli Syura mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah.
Pentadbiran Saidina Ali
Perkara pertama beliau lakukan selepas dilantik menjadi khalifah ialah mencari pembunuh saidina Uthman mengikut saluran undang-undang Islam. dengan menghapuskan pemberontakan yang hendak dibuat oleh golongan Rafidhah yang menghasut para sahabat. Isteri Rasulullah iaitu Ummul Mukminin Saidatina Aisyah, dan dua orang sahabat Nabi iaitu
Talhah ibn Ubaidillah dan
Zubair ibn Awwam telah terlibat sama. Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Saidina Ali dalam
Perang Jamal (
juga dikenali sebagai Perang Unta). Dalam peperangan ini, Talhah dan Zubair terkorban akibat dibunuh oleh golongan Rafidhah yang mengaku sebagai pengikut Saidina Ali. Manakala Saidatina Aisyah dikembalikan ke Madinah oleh Saidina Ali. Beliau menjalankan satu misi dengan mengarahkan 100 orang wanita menyamar lelaki dan menutup muka, lalu menarik unta Ummul Mukminin Aisyah kembali ke Madinah.
Namun ada juga yang mengatakan: Keluarnya Aisyah bersama Thalhah dan Az Zubair bin Al Awwam ke Bashrah dalam rangka mempersatukan kekuatan mereka bersama Ali bin Abi Thalib untuk menegakkan hukum qishash terhadap para pembunuh Utsman bin Affan. Hanya saja Ali bin Abi Thalib meminta penundaan untuk menunaikan permintaan qishash tersebut. Ini semua mereka lakukan berdasarkan ijtihad walaupun Ali bin Abi Thalib lebih mendekati kebenaran daripada mereka. (Daf'ul Kadzib 216-217)
Selepas itu, Saidina Ali melantik gabenor-gabenor baru bagi menggantikan pentadbir-pentadbir yang dilantik oleh Saidina Uthman. Saidina Ali memindahkan pusat pentadbiran Islam daripada
Madinah ke
Kufah,
Iraq. Kota
Damsyik,
Syria pula ditadbir oleh
Muawiyah, Gabebor Syria dan saudara Saidina Uthman. Muawiyah telah dilantik sebagai Gabenor pada masa pemerintahan Saidina Umar lagi.
Muawiyah, yang menyimpan cita-cita politik yang besar, berpendapat bahawa siasatan berkenaan dengan pembunuhan Saidina Uthman adalah merupakan keutamaan bagi negara ketika itu dan beliau ingin mengetahui siapakah pembunuh Saidina Uthman dan pembunuh tersebut mestilah dihukum qisas. Bagi Saidina Ali, beliau berpendapat keadaan dalam negara hendaklah diamankan terlebih dahulu dengan seluruh penduduk berbaiah kepadanya sebelum beliau menyiasat kes pembunuhan Saidina Uthman. Muawiyah kemudiannnya menyatakan rasa kesal dengan kelambatan Saidina Ali menyiasat kematian Saidina Uthman, lalu melancarkan serangan ke atas Saidina Ali. Akhirnya terjadilah
Perang Siffin di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Di dalam peperangan ini antara para sahabat yang terlibat adalah
Amru Al-Ash,
Ammar ibn Yasir,
Abdullah ibn Amru Al Ash,
Abdullah ibn Abbas.
Ada di antara para sahabat bersikap berkecuali di dalam hal ini. Antaranya adalah
Abdullah ibn Umar,
Muhammad ibn Maslamah,
Sa'ad ibn Abi Waqqas,
Usamah ibn Zaid.
Garis masa Khulafa al-Rasyidin
Dimaklumkan bahawa catatan masa tahun-tahun pemeritahan
khalifah tidak berlaku pada hari pertama tahun baru.
Kronologi Khulafa al-Rasyidin